Saturday, November 12, 2011

Nikah Khitbah Pengganti "Couple"??.. ^__^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²..

Smasa sy tgk video ceramah Ustaz Azhar Idrus td, ada 1 soalan yg agak menarik minat sy untuk mengetahui dgn lebih lanjut.

Dalam ceramah tersebut, ada 1 soaln daripada pendengar kpd Ustaz Azhar iaitu, "Apakah itu Nikah Khitbah?"

Secara jujurnya, ni first time sy dgr ttg Nikah Khitbah ni..

Sy telah buat beberapa research lin berkaitan dgn nikah khitbah ni utk mendapat mklumat dan perisian yg lebih lengkap... 

Ni sy nk kongsikan serba sedikit ttg Nikah Khitbah ni..

 ^_^

------------------

Maksud Khitbah

Khitbah secara literinya bermaksud bertunang. Menurut adat org melayu, bertunang ni adalah perjanjian diantara 2 insan utk berkahwin melalui majlis tertentu.Definisi ni juga ada disebut dalam fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah S.A.W. Definisi ni juga diamalkan oleh org melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan? Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”.

Situasi Nikah Khitbah

Nikah Khitbahnye situsasi mcm ni. Sepasang suami isteri tu dah di akad nikah kan tetapi isteri tersebut masih lg dalam tanggungan keluarga si isteri tersebut. Bila suami wajib tanggung isteri yg bru dinikahkan 2? Suami trsebut wjib memberi nafkah kepada isterinya apabila si isteri yang baru di akad nikah 2 dihantar ke rumah suaminya. Syaratnya, bila isteri tersebut melangkah masuk kedalam rumah suami tersebut, secra totalnya si suami bertanggungjawab penuh terhadap isterinya. X kisah la dirumah sewa suami ke, di rumah keluarga suami ke, di hotel ke asalkan dimana² pon suami tinggal.

Kelebihan Nikah Khitbah

Nikah khitbah ni adalah salah satu cara yang paling sesuai untuk menggantikan istilah "kapel". Kebanyakkanya berlaku kepada remaja² yang masih lagi menuntut ilmu. Sy ada terbaca satu penerangan ttg Nikah Khitbah ni oleh Ustaz Maszlee Malik. Perbincangannya seperti ni:

"Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja Oleh : Ustaz Maszlee Malik Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan. Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya. “Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya. Akibat Kurang Bercinta Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota. Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi. Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata. Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati! Khitbah Bukan Tunang Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”. Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”."

Nikah Khitbah ni memberi byk kelebihan dan manfaat kpd kita umat Islam. Sebagai contoh, berkhitbah ini boleh mengelak kita daripada melakukan zina. Hal ini kerana, kebanyakan kapel² yg x sah di luar sana terjerumus ke dalam maksiat zina. So, dgn Khitbah ini, kita bebas utk kluar bersama dgn pasangan kita atau melakukan pesetubuhan kerana hubungan kita adalah sah disisi agama.


TAPI, SAYA NK TEGASKAN.. NIKAH KHITBAH INI PERLULAH ADA SEBAB² YANG MUSABAB IAITU SI SUAMI MASIH LG BLUM ADA DUIT UTK TANGGUNG SI ISTERI KERANA MASIH LAGI BELAJAR DAN LAIN² LG.

----------------

So, secara kesimpulannya, Nikah Khitbah ni adalah satu alternatif yg baik utk menggantikan "kapel" yg sgt popular dlm kalangan remaja ni. Bg remaja yg masih belajar seperti sy ni, kalau dh nk sgt kt seseorang 2, kwin je la utk elakan daripada melakukan maksiat. Mmg mudah suruh kawin tp ini la yg terbaik kalau kita "nak sgt" kt seseorang 2.

Kalau si dia mmg sudah ditakdirkan jodoh utk kita, kita akn ttp untuknya. Jgn bimbang.. Allah pasti akn menghadirkan seseorang yang tepat utk kita.

p/s: sy mnx maaf kalau entry sy ni ada kemusykilan atau sy terletak pndpat yg salah.. Kalau ada sebarang kesilapan sy mnx tolong betulkan. Biasa la, buat kerja time tgh malam.. Kita manusia biasa, pasti ada kekurangan.. ^_^

Stay Tune..

Assalamualaikum..

^_^


No comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates