Saturday, November 26, 2011

Tiramisu~~ ^__^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²..

Ari ni sy nk citer skit pasal salah satu makanan feveret sy.

Sy mmg suka sgt² mkn kek ni..

Makanan tersebut adalah Kek Tiramisu...

Mula² try kek ni masa lepak kt Secret Recipe kt Kuala Terengganu..

Best sgt...

Lepas ni igt nk try buat Kek Tiramisu 2 sendiri..

Bukannye susah sgt pon..

Kalau kwn² nk resepi dan cara nk buat kek tiramusi, ni sy bg..

---------------------


Resipi Kek Tiramisu Simple
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 2 bahagian
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  6. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya…
  10. p.s yg kek bulat kicik tue, kite guna mould donat. Letak kek dulu, pastu letak krim. Biar dlm peti kejap sebelum keluarkan mould.:)
------------------

Balik cuti sem 6t, sy nk buat kek ni utk My Special One bcoz dia pon suka sgt kt kek tiramisu ni. :)

So, kepada kwn² yg nk cuba buat, Selamat Mencuba.. :)

Stay Tune..

Assalamualaikum

^_^

Friday, November 25, 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah, Adakah Wajib?? ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah..

Hari ni 11 September bersamaan 01 Muharam 1433 Hijrah

Bermakna kita akan bakal menyambut Awal Muharram..

Setiap tahun, umat Islam akan membaca doa akhir tahun selepas waktu Asar dan membaca doa awal tahun selepas waktu Maghrib..

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam tidak pernah mengajarkan doa akhir tahun atau awal tahun. Yang diajarkan beliau adalah doa awal bulan hijriyah atau ketika melihat hilal. 

Untuk penerangan lagi khusus, cuba baca di sini dan di sini.

Tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bidah manakala setiap bidah adalah sesat. Hadis riwayat Muslim

Saya sediakan satu doa yg mgkn sesuai dibaca sebagai doa akhir tahun dan doa tahun baru..

------------------

DOA AWAL TAHUN : Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa 'alaa fadhlikal 'adliimi wujuudikal mu'awwali wahaadza'aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal 'ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal 'auni 'alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

DOA AKHIR TAHUN : Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu'alaa sayyididinaa muhammaadin wa'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa'amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii'anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu 'alayya ba'da qudrotika 'uquubati wa da'autanii ilattaubati minhu ba'da jiroo-atii 'alaa ma'shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa'amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa'adtanii 'alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu minnii walaa taqtho' rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.


---------------------

Tp doa ni boleh juga dibaca di lain hari... dan doa ni bukan dikhaskan utk dibaca pd akhir tahun dan awal tahun sahaja..

Tp jika ada sesiapa yg boleh kemukakan dhalil dari Al-Quran atau Hadis yg sahih berkaitan amalan ini harap boleh kongsi kan bersama kerana sy hnya hmba Allah yg masih cetek pengetahuan..

Stay tune~~

Assalamualaikum..

^_^




Monday, November 21, 2011

Lagu yg Akan Ku Ingati..





Assalamulaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²..

Kali ni sy share satu lg yg mempunyai byk mknanya..

Lg ni juga seperti lagu dlam ENTRY sebelum ni..


Lagu ni bertajuk Istikharah Cinta nyanyian Sigma

Lagu ni memberi byk makna kpd sy..

Sbb lagu ni, Dat Special Girl yg bg..

Walaupun tiada disisi, akan ku dgr lagu ni setiap masa..

Kerana Alla lebih mengetahui siapa jodoh yg sesuai utk kita..

Kpd Allah shja kita mampu berserah..

Selamat mendengr..

Stay Tune~~

Assalamualaikum..


Saturday, November 19, 2011

Kisah "best" kt UPM.. ^_^

Assalamualaikum .W.B.T.

Salam Ukhuwah..

Atas permintaan kw sy, dia ckp dia suka bca citer² seram kt Universiti ni..

so, sy terpaksa tunaikan la..

Lagipun, entry sebelum ni tentang Kisah Seram di UMS namaknya mndpt smbutan yg hangat.. Ngeh 3.~~

Oke la, kali ni sy nk crite pasal kisah seram kat UPM plak..

Kisahnye camni..

--------------------
DSC01693
Hari Khamis, malam Jumaat adalah hari yang paling orang Melayu suka bercerita hantu. Kenapa yea? Ramai kata malam Jumaat adalah hari hantu-hantu sedunia keluar… Pontianak, pocong, hantu raya, jembalang mata satu, mata dua, mata tiga, bermata-mata… Budak kecik a.k.a toyol pun ada. Nak mencari pendapatan katakan…
Jadi aku pun nak memulakan cerita hantu di UPM. Kome tau tak fakulti mana yang paling terkenal dengan cerita begini? Sudah tentunya yang lain dan tak bukan fakulti bahasa moden dan komunikasi (FBMK).
Ini bermula apabila kawan aku, si budak fbmk membuka cerita di suatu malam yang hening…. Dimulakan dengan kisah seorang pensyarah dikacau dalam pejabat sendiri di fbmk, blok B. Pada suatu malam beliau balik lewat dari pejabat sebab nak uruskan beberapa hal yang tertangguh. Ketika beliau sedang kunci pintu pejabat hendak pulang lebih kurang dalam jam 10-11 malam, beliau terdengar bunyi pelik dalam pejabat. Sret srot sret srot. Pelik. Tak apalah katanya, Dah lewat malam pun. Balik jer la dulu.
Keesokannya apabila beliau masuk dalam pejabat, beliau terkejut melihat berselerak pejabatnya. Fail bertebaran di atas lantai. Kertas-kertas berselerak di atas meja. Kesan cakar sana sini situ pada dinding. Seperti ada makhluk yang mengamuk… Rupanya ada yang tak suka beliau kerja lebih masa. Buat apa lama-lama di pejabat sehingga waktu malam. Dah cukup masa, balik jer la. Itu mesej si pembuat kacau agaknya. Setelah kes itu berlaku, tak digalakkan pensyarah balik lewat malam di fbmk…
Dikisah yang lain pula, pernah ada seorang pensyarah terlanggar pintu utama sliding doorfbmk. Beliau ingatkan pintu sudah terbuka jadi jalan la cepat-cepat tapi rupanya tak.Bammm! Terlanggar sampai retak pintu tu dibuatnya. Takkan terlanggar pun boleh retak, bukan? Seperti ada yang sengaja menolak sekali supaya langgaran menjadi kuat. Tidak dapat dipastikan apakah ‘benda’ tu. Pensyarah tersebut dikejarkan ke wad ICU…
Hit hard you know!loaHantu mungkin?,,,,,

Hantu? truonNi part yang palinggggg aku tak suka nak dengar sebab akan kacau semua sistem dalam kepala otak aku pada waktu malam ni. Aku jenis tak suka tengok cerita seram, hantu dan mana-mana berkait rapat dengan tajuk berikut. Kekacauan kepala otak aku mengenainya nanti..yociexp99 
(kalau aku tulis ni, baca cam tak seram… layan jer la eak.)
Nak dijadikan cerita, pada hari Selasa kelmarin, pensyarah aku, En. Muhamad Rosli ada menyelitkan beberapa kisah yang aku rasakan tak patut aku ceritakan kerana akan menghantui aku nanti… Tapi tak per la. Korang gak yang nak dengar. Aku hanya menceritakan apa yang diceritakan (dengan beberapa tambahan perisa oleh aku, sudah tentunya.)
Sedang kusyuk kami mendengar kuliah sampaian beliau… TIBA-TIBA… microphoneberdehem secara sendiri. Ssmsmmssmsms…. smsmsmsmsmsm…. Dua kali tuu. Terus senyap satu kelas. 2-3 minit lepas tu En. Rosli bersuara.
“Ai, ada juga yang nak menyampaikan kuliah nampaknya.” Dia pun menglambai-lambai tangan di microphone. “
Awak nampak tak?” Aku dan yang lain geleng kepala jer. Apa ke hal ni? Biasa jer la kan kalau microphone tu berdehem. Masalah technical selalunya.
Masa tu la mula beliau bercerita pasal kisah hantu di FBMK. Katanya jangan terkejut kalau ada perkara pelik dalam kawasan FBMK ni. Apa!!? 
“Awak kalau masuk kelas sorang-sorang lepas tu nampak meja dekat kerusi tiba-tiba naik elok jer. Nampak elok seperti ‘ada’ yang datang kelas, awak nak buat apa?” kata beliau sambil memandang kami. m131
Aku dan yang lain-lain terdiam. Meremang bulu roma aku mendengarnya.
“Kalau saya lah, saya bungkus beg saya, ambil pen. Terus keluar ikut pintu tu.”
“Kalau tak sempat, terus jer cabut begitu tinggalkan semua barang ni. Takkan nak menunggu benda tu buat benda lain lak kan?” kata beliau sambil memandang kami serius.
Tu tanda ‘ada’ yang nak duduk belajar bersama kita. Kalau biarkan lama-lama bersendirian, lain pulak jadinya.
“Saya dah ada banyak pengalaman bekerja di FBMK ni. Pernah satu ketika dulu sedang elok saya mengajar tiba-tiba slide putih depan ni naik secara automatik tanpa ada orang tekan suisnya” sambil beliau menunjuk tangan ke arah slide putih di hadapan kami.
“Pernah juga sedang elok saya masuk ke kelas, kerusi pensyarah tiba-tiba berpusing secara sendiri. Dan semua tu berlaku dalam kelas ni.” ujar beliau lagi.
DSC01678
Slide putih dan kerusi berpusing secara sendirinya…
Alamak!? Tak la aku tau kelas ni berhantu lak. Aiseh.sowa
Pesan beliau, kalau kami datang dan masuk kelas ni awal, berseorangan tanpa ada orang lain, sila tunggu di luar kelas. There is a high chance that the 2nd person in here is not human.
Erkkk… biar betul!? Dulu aku ada la jugak kelas BBC2401 di sini. Aku pernah masuk kelas seorang diri jer tau. Masa tu tengah hari. Masa aku masuk tu, aku dah rasa aura seram. Mana taknya, bulu roma tengkuk aku naik tiap kali duduk sorang-sorang. Bukan sekali tapi dekat 2-3 jugak la aku berseorangan di dalam kelas ni. Alhamdullillah tak da pun ‘benda’ tu kacau aku. Nasib, nasib…
DSC01756
Tetiba meja kerusi naik secara sendiri… krek…
Apa yang menariknya lagi, bunyi kompang lain dari yang lain hanya boleh didengari di FBMK ini. Ujar En. Rosli, jika ada yang teringin, boleh pergi di belakang blok B FBMK. Belakang kelas ini sahaja katanya. Datang untuk mendengar bunyian tersebut. Syaratnya adalah pada hari Jumaat, dalam waktu 11am-1pm sebelum orang solat Jumaat. Berseorangan. Insya-Allah, akan dengar bunyi suasana meriah seperti kita pergi kenduri orang kahwin. Tepat pukul 1pm pasti ada bunyi orang berkompang.
“Awak pastikan datang seorang diri tau. Jangan bawa kawan-kawan pulak. Nanti awak kata saya merepek pulak.” Tambah beliau.
Ish, ada kerja pulak aku nak pergi situ sorang-sorang. Sedang aku sedap dengar bunyi kompang tu, mau aku kena tarik masuk alam lain nanti. Kampung bunian yang misteri…
Apapun, kalau ada sesiapa yang teringin tu, boleh la mencuba yea. Nanti bolehlah cerita kepada saya betul atau tak. ^^. (kalau hidup lagi…)
DSC01686
DSC01687
Kawasan lapang di belakang blok B, bangunan kelas KOH3333 aku (bilik Hamka). Jom kalau ada yang berani seorang diri di sini dengar bunyi kompang.
“Dulu ada sekumpulan pelajar nak buat majlis di kawasan lapang di hadapan FBMK. Kawasan yang ada pokok krismas tu.
Saya tak benarkan. Saya kata kalau nak buat, buat di atas jalan raya di hadapan bangunan FBMK sahaja. Apabila majlis berlangsung, 3 orang pelajar dihantar ke hospital sebab terkena histeria. Bayangkan jikalau dilakukan di kawasan lapang tu… Saya yakin tiada yang terlepas pengalaman histeria di situ.” kata beliau serius.
Tergelak pula aku dengarnya. Tak di kawasan lapang tu, kawasan jalan pun ada yang histeria. Apapun, aku dapat rasakan kawasan tu adalah kawasan ‘keras’. Baik jangan buat hal situ jika tak da kerja.
DSC01688 DSC01689
Ini pula di belakang Pusat Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Lapang semacam jer… Seram tau bila aku lalu nak tangkap gambar di sini.
“Kalau nampak ada makcik cleaner ke hulu ke hilir selepas waktu pejabat, janganlah awak tegur. Terutamanya waktu senja, di tandas.” kata En. Rosli.
Kami terdiam seketika lagi. Apa yang peliknya dengan makcik cleaner?
Cleaner kerja waktu pejabat jer. Mana ada kerja overtime di sini. Lagipun,  akan awak nampak belakang dia jer. Waktu Maghrib, waktu selalu muncul. Awak fikir siapa tu?”
Dum..dum..dum.. Seramnya!!!? Aku dah la balik kelas ni waktu Maghrib. Selalu jugak la pergi tandas sebelum balik. Harap-harap tak terserempak makcik cleaner. Nanti lintang-pungkang aku lari depan dia. Ahahaha.
Lagi korang nak tau tak, pengawal keselamatan aka pak guard UPM diletakkan seramai 6 orang di FBMK. Ini telah mengalahkan kedudukan pak guard di fakulti-fakulti lain. Alasannya? Tak tahan kena kacau dengan ‘makhluk’ lain. Biar berpasangan. Kuranglah kekacauan sikit.
Patutla kawan fbmk aku kata, tiada kelas malam dijalankan di FBMK terutamanya di Sanggar Bahasa. Tempat yang paling dekat dengan jirat cina dan kubur Melayu Islam.
Kalau ada pun jumlahnya adalah sedikit. Bayangkan kalau balik kelas pada pukul 11pm… seorang diri sambil tunggu bas depan FBMK… bila toleh kiri…
wpd3hLama jugak la bas ni. Kolej kita kat KTP…takutla balik sorang…”  uhm82
Kisah tambahan juga ada berkaitan dengan rumah khas untuk Naib Canselor (NC) atas bukit belakang FBMK. Takda NC setakat ni yang kekal tinggal di rumah tersebut sepanjang menjadi NC UPM. Berhantu. Duduk jer kena kacau. Macam-macam bunyi kedengaran tatkala bulan mula naik menunjukkan diri….
Aku pernah jugakla tengok rumah tu semasa aku pergi ladang 5 di belakang Kolej 6. Sewaktu kelas amalan ladang. Suasana kelilingnya sunyi. Lantai beranda rumah penuh dengan daun-daun kering. Dalam rumah nampak bersih ajer seperti terjaga padahal tiada orang tinggal di situ. Aku lihat lama-lama seakan-akan ada kelibat manusia pula di jendela rumah tersebut. Kabur. Aku pandang semula ke arah instruktor aku. Bila aku toleh nak pastikannya, kosong… Apa lagi, cepat-cepat aku turun mendekati kawan-kawan aku yang lain.
Memang boleh dikatakan – SERAM! Antara rumah yang penuh dengan kisah-kisah misteri…
DSC01685
Ada yang berani nak bermalam di sana tak? Jom…
Teka-teki kenapa FBMK berhantu sebenarnya boleh dijawab dengan mudah. Terdapat dua tempat yang menjadi kesukaan jin dan syaitan tinggal si sana. Lain dan tak bukan – kubur Melayu Islam dan jirat Cina! (untuk makluman, jirat juga dikenali sebagai kubur tetapi kebanyakannya dikhususkan kepada penggunaan kubur cina).
Kalau sesiapa yang berminat nak memberontak tak nak tinggal di kolej-kolej biasa UPM bolehlah pergi ke sini. Ia juga digelar kolej 18. Pilih salah satu. Blok Melayu atau Blok Cina. Dua-dua selesa. panda5
Aku tak berani nak kata apa sangat pasal jirat Cina sebab aku tak berapalah mengetahui mengenainya. Sejarah penubuhan dan apa-apa maklumat tambahan aku memang tak tahu. Yang pasti, ketika aku  m062 tetiba aku dengar bunyi anjing menyalak entah dari mana. Rupanya ada 2 ekor anjing dari rumah jirat datang ke arah aku. Apa lagi… aku rempit terus!!!
DSC01692
Pintu masuk ke jirat Cina UPM.
DSC01690
 Pandangan dari belakang Sanggar Bahasa.
Kalau kubur Islam Melayu aku tak berapa nampak kelibatnya. Yang aku tahu ianya bersebelahan dengan jirat Cina UPM dan betul-betul belakang Sanggar Bahasa UPM.
DSC01691
Kubur Melayu Islam ada di belakang ini, mungkin?
Walau apapun kita sebagai umat Islam wajib percaya yang memang ada makhluk selain daripada manusia di dunia ini. Jin juga adalah makhluk ciptaan Allah. Jumlah mereka adalah 9 kali ganda daripada jumlah manusia .
Cuma tak perlulah kita takut kepada mereka. Kita hanya perlu takut kepada Allah sahaja. Kenapa perlu takut? Baca sahajalah al-fatihah, ayat kursi, 3 kul.


-----------------------

Oleh sbb masa terhad, sy terpaksa copy n paste trus je entry ni dari sumber asal...

Semua yg wujud di dunia ni adalah ciptan Allah S.W.T.

Apa yg penting, kuatkan iman kita..

kpd kwn² yg blajar kat UPM skrg iaitu Siti Noriha ngan Muizzdin, harap dpt citer ngan lebih ljut 6t ye. :p

Stay Tune~~ 

Assalamualaikum..

^_^

Kelebihan Surah Al-Mulk. ^__^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²..

Kali ni sy nk kongsi pasal satu surah Al-Quran yg sgt penting

Iaitu Surah Al-Tabarak/Al-Mulk..

Sebelum ni sy kurang pengetahuan ttg surah Al-Mulk ni..

Sy mgtahui ttg kepentingan membaca surah Al-Mulk ni melalui My Special One..

Dulu dia selalu pesan, sebelum tdr baca surah Al-Mulk dlu...

Mgkn sebahagian daripada rakan² dh mengetahui ttg kepentingan membaca surah Al-Mulk ni pada waktu malam..

Tp izinkan sy berkongsi sekali lg ttg kelebihan dan fadhilat surah ni agar sahabat² yg lain akn dpt pengetahuan ttg pntgnya surah Al-Mulk ni..

---------------------------

Surah Al-Mulk (Arab: سورة الملك‎) ialah surah ke-67 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surat Makkiyah, terdiri atas 30 ayat. Dinamakan Al Mulk yang bererti Kerajaan diambil dari kata Al Mulk yang yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Surat ini disebut juga dengan At Tabaarak yang bererti Maha Suci.

Daripada Abi Hurairah r.a dari SAW bersabda :"Sesungguhnya di dalam Al Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al Mulk (Tabaarakl-lazi)."

Daripada Anas Ibnu Malik berkata:"Rasulullah SAW telah bersabda: Satu surah di dalam Al Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga.Iaitu Tabaarakal-lazi."
(HR. Riwayat At Tabarani)

Daripada Jabir r.a sesungguhnya Rasulullah SAW tidak tidur hingga baginda membaca Alif laam Mim,Al Sajadah dan Al Mulk.
(HR. At Tarmizi)

 Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

 Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

 Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."


----------------------------
Berikut adalah fadhilat dan kelebihan surah Al-Mulk.

Surah ini sgt sesuai dibaca pada waktu malam yakni sebelum tidur..

Ini kerana, ianya adalah salah satu sunnah Rasulullah S.A.W.

Kelebihan utama surah ini adalah surah inilah yang membantu kita menghadapi azab di alam kubur kelak..

Jesteru itu, sbelum tidur, mari la.. Lapang lapangkan la masa beberapa minit utk membaca surah Al-Mulk ini.

Semoga kita dpt berkongsi manfaat ini kepada sahabat² yg lain..

Insya Allah..

Disini sy sertakan Surah Al-Mulk dgn pengertiannya skali jika ada sahabat² ingin membacanya.. 

--------------------------

Bismillah

[1] Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
[2] Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
[3] Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
[4] Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

[5] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang.
[6] Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
[7] Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
[8] Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga Neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?
[9] Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!

[10] Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka.
[11] Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli Neraka.
[12] Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[13] Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[14] Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
[15] Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

[16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
[17] Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
[18] Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
[19] Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[20] Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.

[21] Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
[22] Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: Boleh mendapat hidayat atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
[23] Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
[24] Katakanlah lagi: Dialah yang mengembangkan kamu di bumi dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
[25] Dan mereka (yang ingkar) berkata: Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?
[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata.

[27] Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!.
[28] Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan) atau Dia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?.
[29] Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): Allah Dialah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata.
[30] Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?.

--------------------------
p/s: akn ku igt pesananmu sampai bila².. Ianya akn tersemat dihatiku.. Insya Allah..

Stay Tune~~

Assalamualaikum..

^_^

Template by:
Free Blog Templates