Tuesday, June 28, 2011

Israk Mikraj : Penghayatan dan Pengajaran.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Sejahtera kwn²..

Hari ini 29hb Jun 2011..

Hari ini merupakan Hari lahirnya adk kesayanganku..

Hari ini amat bermakna bg keluargaku..

Tp, hari ini juga sgt bermakna bg umat Islam kerana terlaku berlaku satu peristiwa yang sangat Agung iaitu Peristiwa Isra' Mikraj iaitu jatuh pada 27 Rejab..

 Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku 
pada diri baginda Rasulullah SAW.

Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang 
kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW. Orang kafir 
sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang 
menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di 
bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin 
malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi 
Isra’ dan sekitarnya.

Di sini sy sertakan ringkasan sorotan peristiwa Isra' Mikraj..

---------------------------
Sejarah Perjalanan Israk Mikraj 

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail 
dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul 
hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian 
dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, 
dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai 
pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah 
dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu. 

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa) 

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan 
Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) 
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 
rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah : 
 I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 

II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah. 

III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan).  Dalam perjalanan itu juga 
Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat 
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:- 

A.  Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. 
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi 
dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: 
Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan 
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. 

B.  Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah 
bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan 
anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman 
ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak 
mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan). 

C.  Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap 
kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. 
Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang 
yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). 

D.  Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) 
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka 
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata  Jibrail Itulah orang-
orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. 

E.  Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk 
sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan 
perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan  perempuan itu 
masing-masing mempunyai isteri dan suami. 

F.  Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: 
Itulah orang yang makan riba. 

G.  Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi 
ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah  orang yang tak dapat 
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. 

H.  Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan 
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka 
kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan 
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. 
 I.  Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. 
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan 
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. 

J.  Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat 
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar 
(takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat. 

K.  Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. 
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah 
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan 
dunia daripada akhirat. 

L.  Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah 
berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang 
yang mensiakan umurnya sampai tua. 

M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan 
sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan 
menanti saat hari kiamat. 


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke 
dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat  dengan segala anbia’, 
aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga, 
lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu 
diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, 
nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah) 

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik 
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). 

a)  Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu 
jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang 
makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan 
kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada 
susu penzina perempuan. 

b)  Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan 
bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS. 

c)  Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS. 
 d)  Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi 
Idris AS. 

e)  Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun 
AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel. 

f)  Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan 
nabi-nabi. 

g)  Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh 
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 
70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. 

h)  Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh 
lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul 
Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi 
Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. 
Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk 
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala 
Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda : 
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik 
tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : 
Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La 
Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap 
kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.  

i)  Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail 
masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini 
betul-betul di atas Baitullah di Mekah). 

j)  Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan 
pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan  pelbagai keajaiban 
pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan 
sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah 
warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas 
emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. 

k)  Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang 
terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke  syurga dan melihat 
neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya. 

l)  Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk  pokok Sidratul- 
Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan 
Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, 
iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu 
penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya. 
 m)  Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan 
Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata 
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan 
Muhammad, Rasul-Nya. 

Allah SWT     :      Ya Muhammad 

Rasullah     :      Labbaika 

Allah SWT     :      Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.  

Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau 
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau 
berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau 
kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa 
pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. 
Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat 
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. 
Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 

Allah SWT      :      Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai 
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu 
dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri 
keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan 
tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa 
sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai 
suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan  habuan daripada 
kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku 
kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di 
bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) 
sembahyang. 


Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi 
Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T 
agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas 
sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi 
merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan 
sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 
50 waktu juga. 

 Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). 

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

-----------------------------

Kawan², 
Melalui Peristiwa Isra' Mikraj inilah, salah satu Syariat Allah yang paling wajib telah diturunkan iaitu Solat Fardhu 5 waktu..

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh 
fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa 
dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang 
diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. 

Persoalannya di sini, mengapa Allah 
tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di 
Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya 
terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi 
Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh 
dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama 
surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat 
di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu 
kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum  atau bangsa tertentu, malah 
buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang 
menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk  bernama manusia. 

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu 
Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid 
al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-
Haram hingga ke hari ini. 

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat 
Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia 
ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi 
peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan 
mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga 
tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan 
kedudukannya dalam masyarakat. 

Apabila solat seseorang itu beres dengan 
Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang 
muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua 
masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan 
penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia 
terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk 
menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan 
peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.

Semoga kwn² mendapat faedah dan pengajaran yang berguna melalui Peristiwa Agung Isra' Mikraj ini..

Stay Tune..

Assalamualaikum..

^_^








Saturday, June 25, 2011

Puaka Karak.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²..

Kali ni first time sy post tentang movie..

Bukan pe, saje nk pelbagaikan maklumat dalam blog sy ni..

Hari ni, saya nk post pasal cerita Karak..


Karak ni merupakan sebuah crite hantu..

Cerita hantu Karak ni merupakan sebuah filem KRU Production

Karak ni seperti mana yang kita ketahuai merupakan sebuah pekan diantara sempadan Selangor dan Pahang...

Di sana juga terdapat sebuah lebuhraya yang menghubungkan Pantai Timur dengan Pantai Barat...

Biasanya, kalau sy drive ke KL mmg kompem lalu jln ni..

X pernah terlintas pula pasal Puaka di Karak ni...

Dikatakan terdapat 10 jenis hantu yang terdapat di karak ni..

Antaranya:

Langsuir
Budak Sekolah (merayau-rayau)
Wanita Tua
Bas Lama
Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
Pontianak
Hantu Pocong
Hantu yang Makan orang (Paling popular)
Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).
Di sini sy nk kongsi beberapa crita disebalik Puaka di Karak ni..:
Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.


1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.
2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.
3.Volkswagen kuning..selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..
Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….
4.Kereta Misteri
KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.
Kereta yang di jumpai
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..
Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.
Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.
Usaha mengangkat
Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!
(sumber dari kosmo!)

Jalan Lama Karak

1.Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).
Jalan Lama Karak
2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!
3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..
4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang  ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
5.mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagaiManager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.
Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai  kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam.  dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.
6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta  dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota  badannya hancur!
---------------------------------------
Ni la di antara cerita tentang misteri yang terdapat kat Karak ni..
Dan kalau ada kwn² yg ingin download crite ni, sy sediakan link utk downloadnye ya..
Link Download:
Jika kwn² ada masalah utk download movie ni, boleh tnya sya ya..
oke la kwn², selamat mendownload dn selamat menonton crita ni yea..
Stay Tune..
Assalamualaikum..
^_^



Template by:
Free Blog Templates