Wednesday, May 18, 2011

10 Air Terjun Tercantik Di Dunia.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²..

Lama dah rasa x post kat blog ni..

Almaklumla, dah sampai rumah..!!

Wah..! bestnye cuti ni...

Alhamdulillah, naik flight 3 jam dari kk ke kl n 50 minit dari kl ke kt..

Selamat sampai jugak..

4 Bulan cuti..!! Lama 2..

Igt nt kerja... nak beli Kamera Dslr..

Tp cuti yang lama ni x salah kalau bercuti dulu kan..??

Teringin sgt nak bercuti kat tempat Air Terjun..

Tempat yang sgt menenangkan..

Tp lg best kalau dpt bercuti kat Tempat Air Terjun di luar negara kan..??

Lg bestt,,!! ahakz.. (berangan je lebih)

Try search kat abg Google " The Most Beautiful Waterfalls In The World"

Last² dpt jugak senarai ni..

Tgk la yer.. ^_^

-----------------------------------

Victoria Falls – Zimbabwe/Zambia


Victoria Falls atau Mosi-oa-Tunya, terletak di Afrika bagian selatan antara negara-negara Zimbabwe dan Zambia. Hal ini dinamakan Ratu Victoria pada tahun 1855 oleh David Livingstone, seorang penjelajah Scotland dan mubaligh. Sebelum waktu itu jatuh, yang dikenali sebagai "The Mist yang thunders". Menurut salah satu daripada senarai keajaiban itu terjadi dalam Tujuh Keajaiban Alam Dunia. Walaupun bukan yang tertinggi atau air terjun terbesar di dunia, ia adalah salah satu yang terbesar dan paling menarik. Dengan lebar dari 1.708 meter dan tinggi 108 meter membentuk salah satu skrin air yang terbesar di dunia.

Victoria Falls

Steinsdalsfossen – Norway


Steinsdalsfossen adalah air terjun yang paling banyak dikunjungi di Norway. Air terjun ini terletak tidak jauh dari Bergen iaitu di Sungai Fosselva. Tinggi Steinsdalsfossen kira² 50 meter dan sangat menarik apabila ketika salji di kawasan tersebut cair pada bulan Mei dan June. Terdapat laluan di belakang air terjun tersebut yang membolehkan pengunjung melihat air terjun yang jatuh dengan lebih jelas dan tanpa basah.

Steinsdalsfossen

Niagara Falls – Canada/USA


Niagara Falls terletak di sempadan antara Kanada dan Amerika Syarikat. Ianya terdiri daripada tiga air terjun - Horseshoe Falls, American Falls dan Bridal Veil Falls - yang memisahkan negara bahagian New York dan wilayah  Ontario di Kanada. Walaupun ketinggian hanya sekitar 53 meter, Niagara Falls yang cantik ini adalah air terjun yang paling kuat di Amerika Utara, dengan kapasiti pengeluaran hingga 4,4 gigawatt kuasa. Pandangan yang sangat mengagumkan boleh dilihat di Kanada iaitu dari Jambatan Rainbow yang menyambung kedua-dua negara.

Niagara Falls

Giessbach Waterfalls – Switzerland


Air terjun yang hidup dan sangat indah ini bukan yang terbesar dan tertinggi di dunia. Biasanya Air Terjun Giessbach ni dapat dilihat di poskad eropah yang mana ia mengabungkan semua elemen semulajadi yang terdapat di Swiss yang dikenali juga sebagai tasik sebening kristal dan puncak gunung bersalju putih dikelilingi tanaman hijau tenang. Ianya terbentuk dari 14 tingkat air terjun dan air terjun tersebut jetuh ke dalam Tasik Brienz.Permandangan yang sangat indah..!

Giessbach Waterfalls

Yellowstone Falls – USA


Yellowstone Falls terletak di Taman Negara Yellowstone di Wyoming, Amerika Syarikat. Ianya terbentuk dari dua air terjun utama di Sungai Yellowstone - Yellowstone  Atas dan Yellowstone  Bawah  - yang keduanya masuk ke Grand Canyon. Lower Falls hampir dua kali lebih tinggi Niagara, tapi sama sekali tidak setanding dengan kelebaran hanya 22 meter. Lower Falls dikelilingi dengan batu gunung berapi dan pergunungan. Hal ini diyakini bahawa Jim Bridger merupakan  orang kulit putih Amerika pertama menjumpai air terjun ini pada tahun 1846. Pada tahun 1969 jatuh secara rasmi ditukar nama kepada Yellowstone Falls.

Yellowstone Falls

Iguazu Falls – Argentina/Brazil


Iguazu Falls adalah air yang mengalir dari Sungai Iguazu di Iguazu National Park, yang terletak di sempadan antara Brazil dan Argentina. Air terjun ini mengambil namanya daripada "y" daripada bahasa Guarani iaitu air dan "guasu" yang bererti besar. Iguazu Falls mengandungi sekitar 270 lebih air terjun kecil dengan lebar keseluruhan 2,7 km. Air terjun utama di kompleks Iguazu disebut Devil’s Throat (ataupun dikenali sebagai Garganta del Diablo” dalam bahasa Bahasa Sepanyol) dan menghuraikan sempadan antara kedua-dua negara. Beberapa pulau memisahkan air terjun dengan yang lain. Setelah melihat Iguazu, First Lady Amerika Syarikat, Eleanor Roosevelt berseru "Poor Niagara". Tidak diragukan lagi, Iguazu harus di senarai tempat untuk dikunjungi. ( sy pon x tau kenapa Dia 2 ckp "poor niagara" ahakz..!)


Iguazu Falls



Huangguoshu Waterfall – China


Huangguoshu (juga dikenali sebagai Yellow Fruit Tree Waterfall) adalah salah satu air terjun terbesar di China (dan Asia secara keseluruhan). Ianya terletak di Sungai Baihe di Anshun, Wilayah Guizhou. Air terjun ini boleh untuk explore, melihat dan bahkan menyentuh air terjun dari belakang - dari gua tirai air bernama "Shuiliandong". Disebabkan fakta ini, Huangguoshu Warterfall adalah salah satu daripada  daripada air terjun di dunia yang boleh dilihat daripada setiap sudut - belakang, depan, atas, bawah, kiri dan kanan.

Huangguoshu Waterfall


Gullfoss – Iceland


Gullfoss (dari kata Iceland "gull" yang bermaksud emas dan "foss" ang bermaksud air terjun) adalah salah satu air terjun terbesar dan paling indah di Eropah dan Iceland. Ianya terletak di barat daya Iceland, di lembah Sungai Hvítá. Gullfoss terdiri dari dua tingkatan - satu 21 meter dan yang lain 11 meter - disusun ortogonal antara satu sama lain. Kedalaman keseluruhan air terjun ini adalah 70 meter. Air terjun merupakan sebahagian dari "Golden Circle".Gullfoss merupakan tempat pelancongan paling popular di Iceland.

Gullfoss

Angel Falls – Venezuela


Pada ketinggian 1024 m, air terjun Angel Falls adalah yang tertinggi di dunia. Hal ini terletak di Canapa National Park di Venezuela. Nama air terjun ini tidak ada kaitan dengan malaikat, tetapi namanya diambil sempena nama Jimmie Angel, seorang juruterbang Amerika yang merupakan orang pertama yang terbang di atas air terjun ini dengan menaiki sebuah kapal terbang kecil pada tahun 1933. Di Venezuela, Air terjun ini dikenali sebagai Kerepakupai Meru (yang dalam bahasa Pemon bermaksud "air terjun dari tempat terdalam"). Angel Waterfalls hanya boleh sampai ke puncaknya dengan mengunakan kapal terbang, yang mana membuatkan ekspedisi ke Angel Waterfalls ini tidak hanya menarik tetapi juga sangat tidak boleh dijangka keindahannya.

Angel Falls

Beaver Falls – Supai, Arizona, USA


Beaver Falls adalah air terjun keempat di lembah Havasu Creek. Ramai orang menyifatkan ianya bukan merupakan suatu air terjun yang sebenarnya kerana tingginya pendek dan fakta bahawa ada sejumlah besar jatuh lebih kecil yang terletak berhampiran dengan satu sama lain. Meski ukurannya pendek, Beaver Falls adalah yang paling indah di antara air terjun yang terdapat di sekitar Arizona. Air terjun ini terletak sekitar 9,7 km hilir Supai, dan adalah yang paling sukar untuk pergi kesana. Tempat yang sangat bagus untuk melompat di tebing², memanjat, dan untuk menjelajah! Very Extreme place.. I Like this waterfall. Da peaceful waterfall I ever see...! ^_^

Beaver Falls

Beaver Falls

-----------------------------------------------
Memang terpukau gila la tgk Air terjun² ni..

Mmg syok gila kan kalau dpt perg sana..

tp sayangnye, kos besar gila..

hanya dapat menatapnya di gambar je..

huaaahuaaaa..!!

hahahaha..!! tp xpe la.. 

Insya Allah, kalau ada pluang, dptla sy ke sana 6t..

^_^

p/s: sory la kalau discription ttg air terjun 2 kwn² baca macam pelik je sbb sy just translate guna translator je.. Mls nak pikir byk².. ahakz..! sory  ye..

Stay Tune.. 

Assalamualaikum..




Thursday, May 12, 2011

10 Pembasuh Dosa & Penerang Hati.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²...

Alhamdulillah, hari ni hbs jugak exam sy untuk sem nie..

Maka tamat la pengajian sy utk sem ni..

So, lepas ni cuti 4 bulan la...

Lepas 2 baru masuk tahun 2 pulak (jd senior la lps nie.. ahakz..!)

Oke la, hari ni sy nk kongsi satu crita yang sgt memberi pengajaran kpd sy dan kwn² jugak..

Ianya tentang 10 Pembasuh Hati & Penerang Hati..

Sumbernya saya dapat dari www.iluvislam.com

---------------------------------------
Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan: 
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.
--------------------------------------------------
Penyakit hati inilah antara penyakit yang paling sukar untuk mencari penawarnya.
Penawarnya hanyalah ada jika berserah kepada Allah S.A.W.
Ingatlah kwn², kalau kita ada penyakit begini, guna la ramuan tersebut..
Insya Allah, penyakit tersebut akan sembuh..
Yang paling penting,
Ingt, Allah selalu bersama kita..
Stay Tune..
Assalamualaikum..
^_^


Sunday, May 8, 2011

Apakah 5 kekuatan kita..? ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Sejahtera kwn²..

Baru² ni, sy tertarik dgn satu persoalan..

Satu persoalan yg ditujukan kepada Irfan Khairi

Dia ni seorang pakar motivasi dalam bidang perniagaan..

Persoalannya, Apakah Kekuatan yang kita ada untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan?

ini jwpnnya..

-------------------------
1. Fokus
Mempunyai daya fokus yang kuat. Apabila menetapkan matlamat, saya memberi fokus yang amat hebat kepada matlamat tersebut. Perkara-perkara lain yang tidak membawa kepada pencapaian matlamat itu akan menjadi sebagai “gangguan”…
2. Mencari ilmu
Saya agak rajin mencari ilmu dengan cara membaca dan juga bertanya pada mereka yang lebih pakar…
3: Bijak mencari peluang
Saya banyak berfikir dan mencari peluang. Setiap hari saya akan fikirkan beberapa idea perniagaan. Bila tidak ada benda nak buat, saya akan fikir peluang-peluang menambahkan pendapatan…
4: Kreatif
Bukan sahaja kreatif dari segi rekacipta, tetapi, kreatif dalam cara pendekatan. Saya sering mencari idea-idea baru dalam pendekatan perniagaan atau konsep. Sebagai contoh, menggunakan pendekatan “Tip Satu Minit” untuk blog.
5: Kesabaran
Untuk berjaya, sememangnya terdapat banyak cabaran. Cabaran dalam perniagaan, cabaran dalam usaha, tak lupa juga cabaran dari segi mental apaila terdapat segelintir dikeliling kita cuba menjatuhkan dan melemahkan usaha kita…

--------------------------------------------
Walaupun ini semua adalah dalam bidang perniagaan..
tp tidak salah kalau kita aplikasikannya dalam kehidupan seharian kita..
Amat penting utk kita ketahui kekuatan kita...
Supaya kita dapat mengasahkannya dan praktiskan kekuatan tersebut.
Kita tahu tentang kekuatan kita tp Adakah kita fokus dengan kekuatan kita?
Jd renung²kan la ya kwn²...
Stay tune..
Assalamualaikum..
^_^

Mari Kenali Diri Kita.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Sejahtera kwn²..

Hari ni xde apa² nk diceritakan sangat...

Tp rasa n post gak kat blog ni...

Biasa la, dh relex².. Tggl 1 paper je lagi seblum fly back 2 Terengganu..

HEheheee~

Oke la, sy terbaca tentang kenali diri kita..

Iaitu kenali diri kita melalui Tarikh lahir..

-----------------------------------
MAI KITE KENALI DIRI :)

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
----------------------------------


Maybe kebanyakan yg anggap benda ni tahyul..

Tp x salah kalau kita just baca kan.. Sbb ada yang btul dari "benda" ni..

Tp itu atas kita sendiri...

Apa pon selamat mencuba kpd yg ingin mencuba..

p/s: sy no 9.. heheheee~~

Stay tune..

Assalamualaikum..

^_^


Saturday, May 7, 2011

Cinta Untuk Ibuku.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²...

Seperti mana yang saya share masa post lepas, hari ni ialah Hari Ibu di Malaysia..

so, Happy Mother's Day, Mom ( Normala Binti Said )..

I ♥ U So Much..!!

Disini sy ada pantun utk Ma..

------------------------------------

Menyayangimu
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta
Ditempuh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya perasaan itu,
Mengasihimu ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu
Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cuma seketika..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat
Indahnya kasih itu
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini...
-------------------------------------------
Bg kwn² lain, jgn lupa wish utk ur lovely mom skali ya..
Jgn kita lupakan pengorbanan ibu kita..
Sudah byk Dia bekorban utk kita sejak dari kita dalam perutnya lagi..
Oleh itu jgn abaikan pengorbanannya oke..!
Oke la kwn², sy nk g round² bandar KK nk cari something spacial 4 my Mom..
Stay tune..
Assalamualaikum...
^_^

Template by:
Free Blog Templates