Friday, August 19, 2011

Petua Mengubat Hati Yang Terluka.. -_-

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²...

Ari ni sy post 3 entry dalam amsa sehari..

Sy nk ganti balik sbb terlalu lama tinggalkan blog ni.

Rindu pon ada nk post something kat dlm blog ni..

Kali ni sy nk post tetang petua mengubat hati yang terluka..

Sesiapa pon diantara kita pernah terluka...

x kesah terluka disebabkan apa..

Tp yg paling kerap adalah terluka disebabkan oleh manusia lain..

Biasa la.. kita ni manusia biasa.. sering melakukan kesilapan.

Kita sendiri pon x sdr kita buat salah..

So, bg yg terluka 2, bca entry ni.. 

Moga² bleh ubati luka 2 walaupun sdikit.. ^_^

----------------------------

1. Disiplinkan Diri Untuk Lupakan Kenangan Pahit -  Mengaku saja yang anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Anda perlu kikiskan fikiran itu dan jangan terbawa-bawa dengan emosi yang lalu. Mulai sekarang, tekad untuk melupakan semua itu. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan,  dan rakan-rakan.  Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetap lakukan satu persatu dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Jangan Asyik Risau – Ada 2 kesan dari sikap risau ini. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Rajin Bersyukur – Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Bersyukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur.  Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Lakukan sebanyak mungkin setiap hari.
4. Mesti Memaafkan Orang – Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam, dan busuk hati). Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu.  Mungkin anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram.
5. Ketawa - Ketawa bukan dibuat-buat, tetapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan anda boleh ketawa?
6. Ubah Fikiran – Anda tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat anda kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh merubah fikiran anda dan apa yang anda fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh “tarik” semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam dan dinamakan Hukum Sebab dan Akibat.
7. Hati Mesti Keras - Bukan keras sembarangan. Maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah s.w.t. menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tetapi balasan pada perbuatan-perbuatan kita di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba imbas kembali kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain. Mungkin ada walaupun kita tidak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks dan jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri,  ini adalah hari yang baru untuk anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
------------------------
Moga, sahabat² kita yg tgh terluka 2, bleh tenang skit bila baca entry ni..
Sy pon yang tgh terluka jugak ni dah bleh rasa tenang skit..
Alhamdulillah..
Moga kita dpt faedah yang bermanafaat melalui petua nie..
Stay tune..
Assalamualaikum..
^_^

Lawak Orang Asli.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah...

Di bulan² pose ni, kita mgkin terasa cepat letih..

Letih bukannye apa, letih menunggu..

Semantara menunggu nak berbuka puasa n nak perg terawih 2, sy tinggalkan satu crita lucu yang juga boleh menjadi penawar hati kepada sesiapa yg hatinya terluka pada tika ini sperti sy.. ^_^

--------------------------------
Sepasang suami isteri berketurunan orang asli telah tinggal di dalam hutan sejak mereka kecil lagi dan tidak pernah melihat dunia luar kerana tidak pernah keluar dari hutan tersebut. Si suami kerjanya pergi memburu atau pun memetik buah-buahan untuk dijadikan makanan harian manakala isterinya pula hanya tinggal dirumah bersama ibunya.
Pada suatu hari ketika suaminya sedang memburu seekor babi hutan, dia terjumpa satu benda yang tidak pernah dia lihat iaitu cermin. Dia berasa begitu hairan dan pelik lalu dia membawa cermin tersebut ke rumahnya dan menyimpannya di bilik belakang tanpa pengetahuan isterinya.
Setiap hari sebelum dia keluar berburu, dia akan masuk ke bilik belakang untuk melihat dahulu cermintersebut. Si isteri berasa pelik dan hairan dengan tabiat pelik suaminya itu. Lalu si isteri pun masuk ke bilik tersebut untuk menyiasat apa yang ada di dalam bilik tersebut kerana risau jika suaminya itu mempunyai perempuan simpanan tanpa pengetahuannya. Tiba-tiba si isteri terkejut apabila melihat cermin tersebut kerana sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat cermin.
Oleh kerana dia tidak tahu apa itu cermin, dia terkejut kerana menyangka bahawa perempuan yang ada di dalam cermin tersebut adalah perempuan simpanan suaminya. Lalu dia pun memberitahu kepada ibunya sambil menangis teresak-esak.
Ibunya berasa sangat marah dengan perbuatan menantunya itu dan terus masuk ke bilik tersebut untuk melihat perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya itu. Selang lima minit si ibu keluar sambil ketawa berbahak-bahak seolah-olah ada seuatu perkara yang lawak, kelakar dan lucu telah berlaku. Lalu berkata..
“Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain cari la perempuan yang elok sikit..cantik sikit… Ini tak..aku tengok perempuan kat bilik tu..dah la tua..kulit dah berkedut..hodoh pulak tu……”

------------------------------------
Crita ini adalah rekaan semata² dan xde niat utk menyinggung perasaan org laen..


Ianya hanyalah sekadar cerita rekaan semata²..


Harap xde yang salah faham yerk..


Stay Tune..


Assalamualaikum..


^_^

Kisah Ibu Terjahat di Dunia..

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²..

Sekian lama sy tidak post something dlm blog sy ni.. 

Tp hari ni Alhamdulillah sy ada sdikit masa utk kongsi satu crita yg sgt memberi pengajaran kepada kita..

Sy dpt crita ni sy dpat masa tgh mencari sedikit maklumat dan berita menarik kat internet..

Ceritanya mcm ni..

-----------------------------------
20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnyacomel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang.Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga. Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah... Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya. Saat usia Yasmin 2tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu.Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah.Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin.Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu.Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya.Hinggalah le satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya?Saya rindu sekali pada mama!"Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya,"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?" "Nama saya Yusri, makcik." "Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga.Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.Ya, saya patut mati..., mati..., mati... Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya Yusri, mama akan  menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!.. Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya,"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?" "Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak... Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau? Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya! Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul... Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenalim potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari... Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau. "Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!" Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?" Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!!Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..." Saya pun membaca tulisan di kertas itu... "mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri." Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!" Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah."Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini.tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!" Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi. Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar.Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

-------------------------------
Kwn², walau seburuk mana pon anak i2, sejahat mana pon anak i2, sebusuk mana pon anak i2, dia tetap anak kita..

Jgn tinggalkan anak kecil yg masih perlukan kasih sayang daripada ibu bapa seorang diri..

Sesungguhnya, kasih sayang anak itu hanyalah dari ibu bapanya..

Moga crita ini memberi pengajaran kepada kita yang masih belum berkahwin..

Jgn la kita menjadi ibu bapa seperti ini..

Sekian..

Stay Tune.

Assalamualaikum..

^_^

Template by:
Free Blog Templates