Thursday, November 17, 2011

Cerita Seram di UMS.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah..

Ari ni nk lupakan skit pasal masalah² hati dan sebagainya..

Ari ni nk post pasal kisah seram..

Kisah seram yg ada di UMS..

Sbnrnya ada byk kisah seram kt UMS ni..

Tp kena cari sumber² yg boleh dipercayai dulu..

OKe, semalam sy jumpa satu cerita seram ttg Aseana.. kt LIbrry UMS.. 

Citer dier mcm ni..

--------------------------------

Saya pernah bekerja di Perpustakaan UMS, tingkat 3 (Aseana). Saya pernah kerja “Over Time” di sana sampai jam 10 malam, selama 2 minggu sorang-sorang kerana kawan saya cuti emergency. Pernah 1 malam, kira-kira jam 8 malam, pelajar yang datang hanyalah 2 orang. Jadi, saya duduk di kaunter masa itu.
Kedudukan tandas adalah di belakang perpustakaan. Saya pula selalu menggunakan tandas untuk orang kurang upaya. Tandas tersebut berada tengah di antara tandas lelaki dan perempuan. Malam itu seperti biasa saya pergi ke tandas untuk mencuci muka. Tiba-tiba saya terdengar pintu tandas perempuan berbunyi kuat, saya pun keluar tengok sebab terkejut dengan bunyi itu. Saya berdiri di luar tandas agak lama, tapi tiada siapa pun keluar atau masuk tandas itu. Kemudiannya, saya buat tidak tau saja masa itu.
Masa bekerja petang hari seterusnya, jam 7 malam itu masih lagi ada kawan bekerja, masa itu hujan baru saja berhenti tapi masih renyai-renyai. Kakak yang kerja untuk sebelah pagi masih belum balik lagi, tunggu kena ambil, jadi dia duduk dekat kaunter. Saya pun pergilah ke tandas tengah tu, “tandas OKU”. Semasa saya tengah buang air kecil dalam tandas itu, saya terdengar jeritan perempuan yang amat nyaring dalam tandas perempuan.
Jadi, saya pun cepat-cepat, lepas siap saya pun keluar. Saya tengok semua pelajar dan kakak dekat kaunter, tenang saja macam tidak mendengar apa-apa. Saya menunggu dekat tandas tapi tiada pula pelajar yang keluar. Saya semakin hairan. Saya tanya dengan kakak di kaunter itu sama ada dia ada terdengar jeritan itu atau tidak? Ya, kakak itu memang ada mendengar orang menjerit tapi dia buat tidak tau saja.
Saya pun kembali ke tandas itu semula, masa itu ada mak cik cleaner hendak bersihkan tandas. Jadi, dengan bantuan mak cik cleaner itu saya pun pergilah periksa tandas perempuan itu. Pada mulanya, mak cik itu tidak mau saya masuk sebab dia memang sudah sedia maklum tandas itu memang macam itu. Dia kata kalau dulu lagi teruk, dia pernah terkunci secara tiba-tiba dalam tandas itu dan siling tandas tersebut boleh jatuh terpatah dua.
Kalau dulu mak cik itu kata asal saja keluar dari tandas perempuan, mesti ada saja suara menangis-nangis, sampai security guard kena panggil pegi periksa atas siling tandas, tapi tidak ada apa-apa di sana. Mengikut cerita mak cik itu lagi, dulu pernah satu kenduri dibuat depan dengan tandas itu untuk baca doa bagi mententeramkan penghuninya.
Library UMS
----------------------------------
Fuh.. x sngka plak ASEANA ni ada cerita disebaliknye..
Patut la ASEANA ni tmpt plg syp kt dlm library..
Sy slalu sgt lepak kt ASEANA ngan member..
tp lepak kt luar sbb x leh nk masuk.
sbbnye, kalau nk masuk kena pakai baju formal..
Kalau x, "puaka" 2 x bg masuk..
hahahhahahaha..! 
Sy ni budak journalism..
mna bdk Journ pakai formal.. x de kelas la.. :p
ada byk lg kisah ttgk UMS ni..
Insya Allah, ada msa n waktu sy post lg.. :)
Stay tune~~
Assalamualaikum..
^_^

3 comments:

  1. Huh benda ni memang betul taw.. kawan saya bekas pelajar UMS pernah cerita dia ternampak sorg kelibat perempuan duduk mencangkung depan pintu toilet kat libry ASEANA ni

    ReplyDelete
  2. pernah dlu masa zaman asasi lecture ckp psl benda ni...

    ReplyDelete

Template by:
Free Blog Templates