Assalamualaikum W.B.T.
Salam Ukhuwah..
Hari ni 11 September bersamaan 01 Muharam 1433 Hijrah
Bermakna kita akan bakal menyambut Awal Muharram..
Setiap tahun, umat Islam akan membaca doa akhir tahun selepas waktu Asar dan membaca doa awal tahun selepas waktu Maghrib..
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam tidak pernah mengajarkan doa akhir tahun atau awal tahun. Yang diajarkan beliau adalah doa awal bulan hijriyah atau ketika melihat hilal.
Tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bidah manakala setiap bidah adalah sesat. Hadis riwayat Muslim
Saya sediakan satu doa yg mgkn sesuai dibaca sebagai doa akhir tahun dan doa tahun baru..
------------------
DOA AWAL TAHUN
: Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa
'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu
wa 'alaa fadhlikal 'adliimi wujuudikal mu'awwali wahaadza'aamunjadiidun qod
aqbala nas-alukal 'ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi
wal 'auni 'alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii
ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa
muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.
DOA AKHIR TAHUN
: Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu'alaa sayyididinaa muhammaadin
wa'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa'amiltu fii hadzihis
sanati mimmaa nahaitanii'anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu
wa hamiltu 'alayya ba'da qudrotika 'uquubati wa da'autanii ilattaubati minhu
ba'da jiroo-atii 'alaa ma'shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika
wa maa'amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa'adtanii 'alaihits tsawaba wa
as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu
minnii walaa taqtho' rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa
muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.
---------------------
Tp doa ni boleh juga dibaca di lain hari... dan doa ni bukan dikhaskan utk dibaca pd akhir tahun dan awal tahun sahaja..
Tp jika ada sesiapa yg boleh kemukakan dhalil dari Al-Quran atau Hadis yg sahih berkaitan amalan ini harap boleh kongsi kan bersama kerana sy hnya hmba Allah yg masih cetek pengetahuan..
Stay tune~~
Assalamualaikum..
^_^
No comments:
Post a Comment