Tuesday, March 22, 2011

Kehebatan Seorang Suami. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Sejahtera. Salam Ukhuwah..

Alhamdulillah, akhirnya blog sy ni tlah mencapai 100 org pengunjung sepanjang hampir sebulan saya membuka blog saya ini..

Walaupun kwn2 ( followe ) masih x ramai tp yang penting ialah apa yang sy sampaikan itu bermakna untuk kawan2 sekalian..

Saya di IPTA ni dh hampir habis minggu kuliah.. Dah nk masuk minggu exam sudah..

Maknanya x lama lg la nk balik kg.. Huhuhu.. X sabar rasanya..

Oke la kwn2, hari ni sy nk kongsi satu crita yang amat mengujakan saya..

Crita ini sgt memberi sy pengetahuan baru yang seblm ni sy x tau pon..

Crita ini dipostkan oleh kwn fb sya iaitu @Mad Reh.

Critanya mcm ni...
--------------------------------------------------------------------------------------

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan
bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana
kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita
bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya kerana isteri telah meninggal dunia dalam
keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

"......tak ada manusia yg terlahir sempurna, jangan kau sesali sgala yg telah terjadi, kt pasti pernah dapat akan cubaan yg berat, seakan hidup ini, tak ada ertinya lagi, syukuri apa yg ada, hidup adalah anugrah, tetap jalani hidup ini, melakukan yg terbaik, Tuhan pasti kan menunjukkan kebesaran dan kuasa-Nya, bagi hamba-Nya yang sabar dan tak kenal putus asa.....JANGAN MENYERAH........."
 ----------------------------------------------------------------------------------------
Begitu la critanya kwn2...

Kebiasaannya, kalau kita kematian orang yang kita syg especially Isteri kita, kita akan rasa sedih..

Walaupun sedih itu hanya seketika kerana kita x boleh sedih untuk orang yang sudah tiada..

TAPI,
dalam crita ini, telah menyatakan satu hadith Nabi yang berbunyi,

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Jadi, suami2 seharusnya lebih gembira jika kehilangan isterinya jika dia meredhai pemergian isterinya itu..

Setiap yang pergi, tetap akan pergi.. Redhailah pemergiannya kerana itu lebih baik untuknya di hari akhirat kelak..

Sekian..

Stay tune..

Assalamualaikum..

^_^

No comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates