Thursday, March 17, 2011

HimPunAn mUtiArA KATa.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam sejahtera kwn2..

Kali ni sy nk berkongsi dgn kwn2 semua himpunan kata2 hikmah yang sy temui..

Setiap kata2 hikmah ini boleh memotivatekan diri kita untuk menjadi lebih baik, untuk berubah daripada melakukan kesilapan atau untuk menaikkan semangat untuk belajar dan berjuang dalam kehidupan..

Sy harap kata2 hikmah ini dpt memberi manfaat kepada kwn2 semua sebagai panduan hidup..

^_^

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"Mungkin kamu membenci sesuatu, tetapi ia mendatangkan kebaikan bagimu. Dan mungkin kamu menyukai sesuatu tapi ia mendatangkan keburukan bagimu"
(Maksud ayat Al Quranul Karim)

"Katakanlah:mereka yang rugi adalah yang rugi dirinya dan keluarganya pada hari Kiamat. Yang demikian itu adalah kerugian yang sebenarnya."
(Maksud Al Quranul Karim)

"Bukanlah kaya itu harta, tetapi kaya jiwa seseorang"
(Maksud Hadis Nabi Muhammad SAW)

"Saya lihat rakan dan saudara mara saya mencapai kejayaan atau menerima penghargaan dan saya tersenyum dan ucapkan tahniah dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya saya iri hati. Mengapa saya rasa begini?"
(Covey, Stephen R)

"Angan-angan tidak cukup, orang yang berusaha akhirnya akan berjaya, semangat sangat diperlukan untuk tetap berusaha, tutupilah kegagalan anda dengan usaha berikutnya."
(Farrel, Ralph W.O, 1996)

"Satu pertanyaan baik yang dapat anda ajukan pada diri anda sendiri ialah apa rela saya lakukan tugas?"
(Lakein Allan, 1996)

"Rangkakan sesuatu secara terperinci, cubalah membuka jalan untuk melakukan tugas, berikan pada diri anda sendiri kata-kata yang menguatkan semangat."
(Lakein Allan, 1996)

"Disiplin diri adalah merupakan berakhirnya satu perjanjian yang sebenar dan bukannya biasiswa"
(Presiden Eliot Havard)

"Hanya satu falsafah; keberanian dan kawalan diri."
(Socrates)

"Untuk menjadi pakar dalam bidang kewangan, anda perlu menjadi pakar dalam mengawal diri."
(J.P. Morgan, Seorang Jurubank)

"Ada berdozen-dozen cara untuk berjaya, tetapi kehendak yang kuat adalah alat yang membina semua cara-cara tersebut"
(Orison Swett Marden

"Kehendak dan keberanian yang sebenarnya bukan hanya untuk peperangan, tetapi juga untuk diri kita melawan dan menakluki rasa malas dan kebosanan dalam diri kita sendiri."
(Dwight Moody)

"Jika anda benar-benar serius mengenai kejayaan, anda akan menjanjikan penguasaan diri sebagai "cinta kedua" anda dan menetapkan matlamat anda sebagai "cinta pertama" "
(Walter Chruysler)

"Bersyukurlah kepada Tuhan setiap kali anda bangun di pagi hari kerana dapat meneruskan sesuatu yang anda perlukan, sama ada anda hendak melakukannya atau tidak. Ini akan membawa kewibawaan anda."
(Emerson)

"Pelajaran yang paling berharga ialah pelajaran yang telah mengajar kita bagaimana untuk melatih diri kita membuat sesuatu apabila ia perlu dilakukan sama ada kita ingin melakukannya atau tidak. Ia merupakan pelajaran yang perlu dipelajari di awal kehidupan dan mungkin ia merupakan sesuatu yang perlu dipelajari di awal kehidupan dan mungkin ia merupakan sesuatu yang perlu dipelajari secara mendalam."
(Huxley)

"Kita tidak memerlukan buku yang bertimbun untuk belajar, atau menunggu arahan untuk melakukan tugas, tetapi yang menjadi tulang belakang ialah menetapkan diri kita, untuk bertindak dan melakukan perkara yangg kita tahu kita patut melakukannya."
(Elbert Hubbard)

"Terlalu ramai yang cuba mengembangkan bakat kecuali bakat yang paling penting, iaitu bakat untuk menggunakan bakat yang anda kehendaki."
(Bacon)(Tibolt, Frack, 1996)

"Sebab dan akibat, cara dan matlamat, benih dan buah, tak mungkin dipisahkan. Kerana akibat itu ada sebabnya, matlamat itu memang sedia wujud pada caranya, dan buah itu lahir dari benihnya."

"Jika kamu hanya sentiasa terus melakukan apa yang selalu kamu lakukan, kamu akan hanya memperolehi apa yang sentiasa kamu perolehi."
(Billi P.S Lim,1997)

"Dia yang mudlis bukannya orang yang tidak mempunya sesen pun di dalam poketnya tetapi orang yang tidak mempunyai impian baru sekalipun dalam jiwanya."
(Billi P. S Lim, 1997)

"Impikan apa yang bernai anda impikan. lakukanlah apa yang berani anda lakukan, dan jadilah apa yang bernai anda inginkan."
(Billi P.S Lim,1997)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikutlah kata-kata hikmah yang saya sempat kongsi dengan kawan2 sekalian...

Sy harap sgt ianya beguna untuk kawan2...

Sampai disini shaja untuk tika ini..

stay tune ya!!

Assalamualaikum W.B.T..

^_^ 

No comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates