Thursday, May 5, 2011

Tips or Panduan Atasi Zina Hati. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²..

Kwn² apa khabar skrg ye??

Susah nk posting² skrg...

Time² exam ni biasa la, asyik nak mengendap buku je..

tp skrg, semuanya almost done.

My killer paper dah selesai...

Tinggal 2 paper je lagi menanti selepas ni..

n then, apa lg, balik kg.. oh oh oh balik kg.. 

Ahakz..!

Oke kwn², 

Hari ni sy nk kongsi satu tips atau pnduan atasi zina hati..

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Mengapa rasa rindu berlebihan terjadi?

Kata Ibnu Qayyim :

 Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Sabda Rasulullah S.A.W.

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."
Setiap penyakit ada penawarnya..

Seperti satu firman Allah S.W.T.

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)
disini ada sedikit tips atau panduan yang boleh kita berkongsi bersama,,

--------------------------------------------

Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Ibnu Qayyim menyatakan:
"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
--------------------------------------
Igt la kwn², setiap penwar ada ubatnya.
Ubat yang paling utama ialah, kembali kepada Agama kita yakni Islam..
Sesungguhnya, zina hati itu sungguh menyiksa jiwa kita..
kita x bleh hilangkan rasa rindu dalam hati kita..
oleh itu, kita minta la pertolongan daripada Allah utk hapuskan zina hati ini..
semoga ianya tidak meroskkan hati kita dan iman kita..
Insya Allah..
Stay tune.. 
Assalamualaikum..
^_^

No comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates