Saturday, May 7, 2011

Cinta Untuk Ibuku.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²...

Seperti mana yang saya share masa post lepas, hari ni ialah Hari Ibu di Malaysia..

so, Happy Mother's Day, Mom ( Normala Binti Said )..

I ♥ U So Much..!!

Disini sy ada pantun utk Ma..

------------------------------------

Menyayangimu
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta
Ditempuh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya perasaan itu,
Mengasihimu ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu
Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cuma seketika..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat
Indahnya kasih itu
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini...
-------------------------------------------
Bg kwn² lain, jgn lupa wish utk ur lovely mom skali ya..
Jgn kita lupakan pengorbanan ibu kita..
Sudah byk Dia bekorban utk kita sejak dari kita dalam perutnya lagi..
Oleh itu jgn abaikan pengorbanannya oke..!
Oke la kwn², sy nk g round² bandar KK nk cari something spacial 4 my Mom..
Stay tune..
Assalamualaikum...
^_^

No comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates