Thursday, September 29, 2011

Tanda-Tanda Hati Kita Keras.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhwah kwn2..

Sekian lama x post kat blog ni, rasa rindu plak..

Bukan sengaja x post kat blog ni tp sjak dah balik Sabah, xsmpt nk update blog..

Byk kekangan yg membataskan sy untuk update blog sy ni..

Tp setiap kekangan itu boleh kita atasi kalau kita nk sesuatu itu..

Setiap kali kita dalam alam universiti ini, rasa malas slalu je ada dlm diri ni..

Walaupun benda yg perlu kita buat 2 xla bsr mana..

Tp hati kita ttp memberontak, xnk buat..

Setiap perbuatan atau keputusan yg kita buat adalah melalui hati kita..

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.
Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
-----------------------------------------
Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud;
"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." - [Surah At-Taubah:54]
02.Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan;
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
03.Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
04.Kurang mengagungkan Allah.
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
-----------------------------------
Sesungguhnya kwn2..
Jaga la hati kita ini daripada melakukan perkara yg boleh membuatkan hati gita menjadi gelap.
Setiap dosa yang kita buat, setitik dakwat hitam akan dititik ke hati kita..
Lama kelamaan, setiap kejahatan yg kita lakukan akn menyebabkan hati kita menjadi gelap..
Apabila hati kita gelap, hati kita akan keras untuk menerima sesuatu yg baik..
Oleh itu kwn2..
Jaga la hati kita..
Insya Allah, 
Hati kita akan terima setiap kebaikan untuk kita...
Tepuklah dada, tanyalah iman. Semoga hati kita sentiasa segar mengingati dan mensyukuri nikmat Allah yang Maha Esa.

Stay tune..

Assalamualaikum..

^_^

No comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates