Saturday, September 3, 2011

TANDA LELAKI DAH JATUH CINTA DENGAN PEREMPUAN ^_^

Assalamualaikum W.B.T

Salah Ukhuwah kwn²..

Lama nye sy tggl blog ni...

tp xpe la.. yg penting sy x lupa lagi pasal blog ni.. hehehee~~

Ok, untuk ari ni, sy nak post skit pasal CInta..

Kalau x silap, sy jarang sgt post pasal Cinta² ni..

tp x salah kan nk kongsi sikit.. hehehe..

Oleh sbb sy ni lelaki, sy nk kongsi sikit ciri² lelaki yg dah jatuh cinta kan.. ahakz..!

.ohhh ladiesss , please be alert kalau lelaki dah jatuh cinta macamana ~

------------------------------------

  • Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara untuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

  • Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

  • Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

  • Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

  • Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

  • Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

  • Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

  • Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

  • Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

  • Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

  • Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

  • Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

  • Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

  • Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

  • Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

  • Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

  • Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

  • Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

  • Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

  • Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan.
--------------------------
Amacam kwn², x semua lelaki sanggup menitiskan air mata demi seorang wanita yg dia sgt syangi..
Airmata seorang lelaki sgt berharga..
hehehe~~
K la,
Stay tune..
Assalamualaikum..
^_^

No comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates