Sunday, April 17, 2011

Trima Kasih Dari Seorang Hambamu.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²..

Lama sungguh x update blog ni...

terlampau sibuk akhirnya² ni..

sibuk dgn projek akhir utk sem ni..

Hari ni dah bermula study week..

so, mggu depan dh start Final Exam..

Perasaan bercampur baur skrg ni tau..

ada rasa takut, x sbr, berdebar dan teruja pon ada.

maklumla, dh nk blk kampung..

skrg ni ada masa free, nk rehat skit minda..

byk sgt kerja yg kena buat minggu akhir kuliah lepas..

Hari ni, sy ada something nk share ngan kwn²..

Satu doa dari seorang hamba yang mendapat kebahagian..

Dia berdoa kepada tuhan kerana bersyukur dianugerahkan seorang yang sgt smprna untuk dirinya..

tp malangnya, ianya hanya utk seketika..

----------------------------------------

terima kasih Ya Tuhanku, kerana Engkau mempertemukan aku dengan nya walaupun hanya untuk seketika...
ku tahu pertemuan itu mempunyai pelbagai hikmah dan nikmat yang tidak mampu diperolehi dilain masa...

terima kasih Ya Tuhanku, kerana Engkau hadirkan dalam diri ini dan dirinya perasaan sayang walaupun hanya untuk seketika...
ku tahu perasaan sayang itu mempunyai maksud yang tinggi di mana ianya tidak mampu dinilaikan dengan sesuatu benda...

terima kasih Ya Tuhanku, kerana Engkau mengajar diri ini untuk menyanyangi diri sendiri dan diri insan yang lain...
ku tahu Engkau hadirkan untuk kami agar kami terus menyayangi sesama insan yang lain...

terima kasih Ya Tuhanku, kerana Engkau redhai perhubungan cinta kami walaupun perhubungan itu hanya untuk seketika...
ku tahu ada sesuatu yang Engkau ingin tunjukkan disebalik berakhirnya perhubungan itu...

terima kasih Ya Tuhanku, kerana Engkau kenalkan kami erti cinta dalam hidup ini walaupun kami tidak mampu mempertahankan cinta kami hingga ke akhirnya...
ku tahu Engkau masih mahu terus memperkenalkan kami maksud cinta yang lain walaupun kami tangisi pemergian cinta itu....

terima kasih Ya tuhanku, kerana Engkau menguji hamba ini dalam mencari kebahagiaan walaupun Engkau datangkan kesedihan terlebih dahulu,
ku tahu Engkau akan datangkan jua  kebahagiaan dalam kehidupan ini, insyaallah....

terima kasih Ya Allah Ya Tuhanku...
kepada mu kami bermohon & kepadu mu jua kami dikembalikan.... 


--------------------------------------------------------------

Setiap perpisahan kita tidak boleh jangka..

walaupun kita dah berusaha untuk mempertahankannya..

ianya sudah ditentukan oleh tuhan..

Tuhan menentukan segala takdir..

Kita harus mempercayai Qada dan Qadar..

Walau apa pun yang berlaku, jangan la kita lupa kepada tuhan..

Slalu berdoa kepada tuhan..

Kerana apa yang berlaku kepada kita, mesti ada hikmahnya...

Kerana setiap musibah yang berlaku itu hanyalah ujian daripada Allah S.W.T.

Ingat la kwn²..

Sekian..

Stay Tune..

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates