Monday, April 4, 2011

Kisah SehelAi daUN.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam sejahtera, Salam Ukhuwah kepada semua kawan² saya..

Sejak kebelakangan ni, byk btul la kerja nk buat..

Susah sy nk luangkan masa ngan blog sy ni..

tp oleh sbb sygkn kwn² semua, sy nk kongsikan jugak sesuatu ngan kwn² pd pg ni..

Satu hari, sy sedang mencari maklumat untuk assgmnt sy, tiba² s terpandang kat satu artikel yg agak menarik minat sy.

Artikel ini sy perolehi di laman sesawang http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/kisah-sehelai-daun/.

Ia berkisahkan tentang sehelai daun di satu pokok yang besar..

ceritanya macam ni.

-------------------------------------------------------------------

Di sebatang pohon kecil, hiduplah beberapa daun yang tumbuh bersama. Diantara daun-daun tersebut terdapat sebuah daun yang sangat besar dan kuat. Daun itu diagung-agungkan kerana kekuatannya. Dialah yang dianggap pelindung bagi daun-daun lainnya dari badai, hujan, panas matahari yang terik, dan bahaya lainnya.
Suatu ketika datanglah musim kemarau yang panjang. Daun-daun di pohon kecil itu mulai layu kerana tidak mendapat air dan makanan. Daun besar yang tadinya kuat dan besar mulai terlihat layu. Ia berusaha melindungi daun-daun lain dari matahari yang bersinar sangat terik supaya daun – daun kecil sahabatnya itu tidak kehilangan air lebih banyak lagi.
Hari berganti hari, daun besar itu sudah sampai pada puncak usahanya. Ia mulai carik – carik sehingga sinar matahari mulai menembusnya. Ia mulai kehilangan kekuatannya dan daun-daun lainnya pun sudah mulai mengabaikannya kerana ia tidak kuat lagi seperti dulu.
Beberapa hari kemudian daun besar itu merasa tidak kuat lagi akhirnya ia berkata kepada sahabat – sahabatnya :
“Sahabat – sahabat aku tidak lagi mempunyai kekuatan untuk melindungi kamu, aku akan gugur. Selamat tinggal”.

paradigma Mukmin
Setelah berkata demikian akhirnya daun besar itu pun gugurlah. Musim kemarau terus berlanjutan, daun-daun di pohon kecil itu saling bertahan untuk hidup. Mereka sama sekali sudah melupakan daun besar yang telah berjasa melindungi mereka sehingga mereka dapat bertahan sampai sekarang.
Musim kemarau tidak juga berakhir. Daun-daun di pohon kecil itu sudah mulai kehilangan harapan. Mereka merasa sangat kelaparan, kehausan dan akan mati. Di saat mereka putus asa, tiba tiba dirasakan adanya air dan makanan dari tanah. Mereka semua kehairanan akan adanya keajaiban itu.
Setelah lama tercari-cari, mereka menyedarinya. Mereka melihat bahawa daun besar itu sudah mereput dan menghasilkan air dan makanan bagi mereka. Akhirnya dengan air dan makanan dari daun besar tadi, daun daun di pohon kecil itu berjaya bertahan sehingga musim hujan datang. Daun-daun di pohon kecil itu sangat menyesal kerana telah melupakan daun besar itu. Padahal sampai akhir hayatnya daun besar itu tetap menjadi penyelamat untuk daun-daun lain.
------------------------------------------------------------------------------------------
Kwn², crita ini memberikan banyak pengajaran kepada kita tentang kehidupan di sekeliling kita..
Ia mengajar kita untuk tidak menilai seseorang daripada luaran sahaja...
Jangan kita menilai kehebatannya dari luaran sahaja, yang paling penting ialah sifat dalamannya..
X semestinya dia nampak lemah diluar, di dalam juga lemah..
Adakalanya, seseorang itu lemah di luar, tetapi hatinya sgt suci dan sngat baik..
Selain itu, tuhan akan menolong kita walaupun dengan apa cara sekalipun..
walaupun dalam keadaan yang kita x duga benda itu terjadi..
walaupun dari seseorang yang kita anggap sudah x berguna dalam hidup..
Oleh itu, jgn la kita memperkecilkan orang yang kita tgk lemah dari luaran..
Ini kerana, tuhan itu baik dan tidak memilih kasih untuk hamba²nya...
Renung² kan la kwn²..
Stay tune..
adiossaa..
Assalamualaikum... 
^_^

No comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates