Assalamualaikum W.B.T.
Salam Ukhuah kwn².. ^__^
Alhamdulillah, hari ni bagun awl pagi, trus ke Library..
What..! Library.! Hahahahaha..!!
Biasa la, last² minit baru nk siapkan assigmnt ni..
Dah nk hujung minggu, so, byk la assigment nk kene hantar..
Tak ape la.. Yg pntg, assgmnt dh siap 1,
So, skrg masa utk rehat jap.. sementara tggu kelas jam 11.. hehehe
Sementara 2, amik masa jap nk post something kt blog berhabuk ni.. hahahaha..!
Pagi ni, sy igt nk kongsikan Surah² favourite sy...
Biasa sy slalu bca surah ni klau ada masa terluang or lps maghrib..
------------------
1) Surah Al-Mulk
Kelebihan Surah Al
Mulk
Surah ini
menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam
hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah
dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya
Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan
surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan
Surah ini ialah:
1. Surah ini akan
menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya
dari seksa kubur.
3. Berada di bawah
naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat
rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah
gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
Selain itu, ayat 14
dalam surah Al-Mulk mempunyai kelebihan iaitu :
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ
خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ
﴿١٤
Tidakkah Allah yang
menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha
Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat
dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui
apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai
apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan
menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali
untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa
kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat
hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang
yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan
lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas
9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam
keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung
kanan.
2) Surah Ar-Rahman
Kelebihan Surah Ar-Rahman
1. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat
Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang
dikurniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187).
2. Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata:
i) “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika
membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ
bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai
Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian
ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di
siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.”
(Tsawabul A’mal, halaman 117).
ii) “Jangan tinggalkan membaca surat Ar-Rahman, bangunlah
malam bersamanya, surah ini tidak menenteramkan hati orang-orang munafik, kamu
akan menjumpai Tuhannya bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud
manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. Pada hari kiamat tidak ada
seorangpun yang berdiri di hadapan Allah yang lebih dekat dengan-Nya
daripadanya. Pada saat itu Allah berfirman padanya: Siapakah orang yang sering
bangun malam bersamamu saat di dunia dan tekun membacamu. Ia menjawab: Ya
Rabbi, fulan bin fulan, lalu wajah mereka menjadi putih, dan ia berkata kepada
mereka: Berilah syafaat orang-orang yang mencintai kalian, kemudian mereka
memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal
dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka. Lalu ia berkata kepada
mereka: Masuklah kalian ke surga, dan tinggallah di dalamnya sebagaimana yang
kalian inginkan.” (Tsawabul A’mal, halaman 117).
Selain itu, surah Ar-Rahman juga mempunyai 1 lagi kelebihan iaitu :
----------------------
Bermaksud:
" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang
kamu hendak dustakan?"
Ayat ini diulang² dalam surah Ar-Rahman ini..
Tp knpa ayat ini selalu diulang??
Soalan ini pernah ditnya kepada Ustaz Azhar Idrus..
Dan jwpn yang diberikan oleh ustaz ialah :
"manusia mmg sgt x bersyukur kpd Allah. Tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Banyak kesenangan yg Allah berikan kepada hambanya tp hambanya ttp tidak patuh kepada ajarannya. Kebanyakkan hambanya ini rasa semua kesenangan yang dia peroleh adalah dari usahanya dan bukan daripada Allah."
Oleh itu, ayat ini diulang² sbb ingin menunjukkan betapa tidak bersyukurnya hambanya dengan nikmat yg Allah berikan.
3) Surah Al-Waqiah
Kelebihan surah Al-Waqiah
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat dan
kelebihan, antara lain:
- Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu
kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
- Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang
yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
- Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis
(sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan
dengan rezeki.
- Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan
membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat
Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di
jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
- Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki.
Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas
solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai
pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat
Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah
ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali.
Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah
surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
- Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya:
- Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih
dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari
Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan,
daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
- Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah
Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat
fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah
itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
4) Surah Yassin
Kelebihan Surah Yassin
Surah Yassin ini adalah surah yang biasa sangat kita baca kerana mmg kita semua ketahui yang surah ini adalah jantung Al-Quran.
Terdapat 1001 kelebihan surah Yassin dalam kehidupan antaranya:
Ayat 1-9 : doa untuk keselamatan diri
Ayat 9 : Doa untuk melindungi diri sama ada lindungi drpd
orang jahat spt orang kafir. Kalau nak lindungi rumah daripada pencuri,baca
ayat ni dan tiupkan di setiap penjuru rumah. Ia boleh juga melindungi diri drpd
dianiayai dan beri perlindungan ketika tidur. Caranya : Baca ayat ini,Surah
Al-Fatihah,Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan ayat Kursi.
Ayat 12 : Ayat ini merupakan jantung Surah Yasin dan
Rasulullah sangat berharap semua umat Islam menghafal ayat ini.
Ayat 13-35 : Ayat-ayat ini mengisahkan tentang orang-orang
yang mati syahid.
Ayat 22-23 : Ayat ini digunakan untuk menjaga aqidah dan
boleh juga dijadikan doa untuk hidayah kepada anak-anak kita nanti.
Ayat 29 : Ayat ini boleh dijadikan amalan sebagai pelindung
diri untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan menjadi mangsa kejahatan
mulut orang. ia juga digunakan jika kita merasakan ada orang menfitnah atau
menganiayai kita. Lebih afdal jika selepas kita membacanya,kita semburkan ke
muka orang tersebut.
Ayat 30 : Untuk memupuk keinsafan. Kita memohon agar
dipertemukan dengan Allah dan semoga Allah sentiasa berada di hati.
Ayat 32 : Ayat ini boleh melembutkan dan menginsafkan hati
orang lain. Kita sentiasa perlu saling mengingatkan bahawa segalanya datang
drpd Allah dan kita merupakan umat nabi Muhammad SAW.
Ayat 33-35 : Elok dijadikan amalan bagi yang suka berkebun
dan bercucuk tanam. Insya Allah,tanaman akan menjadi subur.
Ayat 36 : ayat ini menerangkan tentang Sunnatullah iaitu
setiap makhluk dan kejadian dijadikan secara berpasang-pasangan. ayat ini elok
diamalkan bagi orang yang belum berkahwin dan belum mempunyai jodoh. Caranya :
baca ayat ini 7 kali dan tiupdi dalam tadadah tangan serta menyebut
"Al-Wadud" sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan ke muka.Amalkan setiap
pagi.
Ayat 37 : Ayat yang diamalkan untuk menetapkan hati iaitu
akidah diri. Doa ini juga boleh menyuburkan semula hati yang kering dengan
makanan rohani.
Ayat 38 : Ayat yang mengisahkan bahawa bulan dan matahari
juga bersujud kepada Allah SWT
Ayat 39 : Mengusahkan tentang ilmu falak.
Ayat 40 : Merupakan kenyataan bahawa Allah SWT Maha Esa =
satu.
Ayat 41 : mengisahkan tentang Nabi Nuh menaiki kapal. Ayat
ini elok dibaca ketika menaiki kenderaan
Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia. Ayat ini
dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45-48 : Ayat yang menceritakan tentang kedegilan orang
kafir kepada Allah SWT.
Ayat 49 : Ayat yang menceritakan tentang Hari Akhirat dan
kehidupannya.
Ayat 50 : menyatakan bahawa semua orang akan dihisap mengikut
amalannya.
Ayat 58 : Ayat yang merupakan salam daripada Allah SWT. Jika
kita sakit kepala,baca ayat ini dan sapukan ke atas kepala. Ulang sebanyak 3
kali. Jika sakit anggota, hati tidak tenang,baca sebanyak 7 kali dan gosok pada
tempat yang sakit.
Ayat 76 : Dibaca untuk tenteramkan diri apabila
difitnah,bila sedih,sebak atau kecewa. Caranya : baca sambil urut dada.
Ayat 78-79 : Ayat yang dikhaskan untuk sakit tulang,urat dan
badan. Untuk dijadikan doa,baca dari maksud ayat "dia berkata, siapakah
(yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal ia telah hancur?"(Ayat
78 dan 79). Baccalah jika sakit tulang,retak atau patah.
Ayat 82 : Untuk memohon hajat. Baca sebanyak 100 kali pada
air dan minum selama 40 hari. ia juga boleh dijadikan penawar.Kita juga boleh
melakukan solat Tahajud3 kali berturut2,baca ayat ini pada air 100 kali dan
berdoa apa saha yang dihajati.
Kwn²,
Surah² diatas adalah antara surah yang sgt penting untuk kita baca.
Mgkn kita tiada masa untuk membaca satu Al-Quran tersebut tetapi sy yakin, kita mesti ada masa sedikit untuk kita membaca surah di atas.
Surah² ini adalah surah yg sering sy baca tp mgkin kwn² ada surah² lain yg menjadi kegemaran kwn²..
Apa pun, yg penting, walau apa pun surah yang kita baca, jgn la sekali-kali kita meninggalkan Al-Quran kita.
Baca la walaupun hanya 3 ayat Al-Quran 1 hari..
Kerana, Al-Quran la yg akn membantu kita apabila kita menerima azab kubur kelak.
Stay Tune~~
Assalamualaikum..
^__^
Assalamualaikum..
ReplyDeletesyukur alhamdulillah kerana sy diberi peluang oleh Allah SWT untuk membaca blog saudari..
Banyak ilmu yg saya dapat..
Zikir yang dinyanyikan oleh hafiz hamidun memang menenangkan jiwa saya sambil membaca blog saudari..
Waalaikumussalam..
DeleteAlhamdulillah...
Segala info ni bukan untuk sy seorang... sy kongsikan kpd semua kwn²..
Moga kwn² dpt manfaat daripadanya...
Lagi bgs kalau kita dpt berkongsi pendapat, ilmu atau pandangan..
apa pun, terima kasih sebab menjenguk ke blog sy yg x seberapa ini.. :)
Assalamualaikum saudara.
ReplyDeleteTerima kasih krn mberikan info yg amat bguna bkn saja utk saya shj bahkan kwn2 saya...
Ntah knp tibe2 termasuk blog.sdara dgn x sngaja..dan rasa amat btuah...terima.kasih byk2..