Wednesday, January 4, 2012

Man Jadda Wajada.. ^__^

Assalamualaikum .W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²..

Di kala hujan renyai² membasahi bumi Sabah ni, tiba² rasa nk buang air kejap.. hahahaha..!

Kacau time nk study, bleh rsa nk kencing plak..

Sejuk nye Sabah skrg ni.. mcm kt "Oversea"..

Hahahaha..

Tgh khusyuk² mencari nota tambahan utk exam minggu ni, 

tiba² terpandang satu perkataan kat internet..

Perkataan Bahasa Arab yang berbunyi,

"Man Jadda Wajada"

Tiba², terlintas di kepala,

"aku selalu dgr perkataan ni, tp aku rasa mcm x tau je makna perkataan ni"

Dgn sepantas karen, aku pon buat sedikit research pasal perkataan ni..

Dan hasilnya....

--------------------------


Maksud  Man Jadda Wajada, Wa Man Zara’a Hasoda ialah;
Buat yang tahu maksudnya, Alhamdulillah, buat yang tidak tahu, Man Jadda Wa Jada bermaksud  ”Sesiapa yang berusaha akan berhasil, sesiapa yang menanam akan menuai”..  Setahu saya yang cetek ilmu ini, ianya bukan hadis, walaupun menggunakan bahasa Arab.
Besar kemungkinan ianya pepatah Arab tetapi mengandungi makna yang dalam seperti pepatah Melayu “Sikit-sikit, Lama-lama Menjadi Bukit..
Kata kunci dalam pepatah ini ialah Jadda atau Bersungguh-sungguh. Jadi, sejauh mana Kita sudah mengaplikasikan pepatah ini ialah sejauh mana Kita bersungguh-sungguh.
Mengukur Man Jadda Wa Jada Pada Diri;
Silakan Kita periksa pertanyaan berikut dan jawablah dalam hati yang luhur. Ukur diri Kita tanpa dalih tanpa alasan (jika bersungguh-sungguh ingin maju).
Sudahkah Kita bersungguh-sungguh melihat peluang. Cuba lihat catatan Kita, sudah berapa banyak potensi yakni peluang yang kita catat?
Seberapa dalam Kita meneliti sebuah perancangan jangka masa panjang?
Sudah berapa kali Kita gagal dan bangkit lagi untuk terus mencuba?
Sebanyak mana usaha Kita mencari solusi untuk pelbagai masalah?
Man Jadda Wa Jada Belum Menjadi Jika Masih Berdalih;
“Tapi saya…”.  Jika Kita masih suka mengatakan “tapi” sebagai dalih dan tidak berusaha, ertinya Kita belum bersungguh-sungguh. Mungkin dalih Kita benar, tetapi tetap saja Kita tidak akan mendapat apa yang Kita inginkan.
Jika Kita memang bersungguh-sungguh, akan selalu ada jalan untuk mencapai apa yang Kita inginkan. Akan selalu ada jalan untuk menyelesaikan masalah Kita. Potensi fikiran, hati, dan tubuh Kita sudah cukup untuk mengatasi masalah Kita. Sebesar apa pun masalah Kita. Begitu juga potensi Kita cukup untuk meraih pencapaian tertinggi yang patut dicapai manusia. Semua orang memiliki potensi yang sama, yang berbeza ialah sejauh mana kita menggunakan potensi tersebut. Sejauh mana kita mengamalkan Man Jadda Wa Jada dalam hidup Kita.
Cara Mengamalkan Man Jadda Wa Jada;
Langkah seterusnya ialah kita harus mengamalkan Man Jadda Wa Jada, bukan hanya sebagai pepatah penghias dinding, tetapi harus menjadi bahagian dari kehidupan kita.
- Jika Kita bersungguh-sungguh, maka Kita akan mengalahkan rasa malas yang menghambat Kita untuk bertindak.
- Jika Kita bersungguh-sungguh, maka Kita akan mencari cara mengatasi rintangan dan halangan yang ada di depan Kita.
- Jika Kita bersungguh-sungguh, maka Kita akan berusaha melengkapi apa yang menjadi kekurangan Kita untuk meraih tujuan besar Kita.
- Jika Kita bersungguh-sungguh, maka Kita akan terus belajar jika Kita belum berjaya melakukan sesuatu yang diperlukan untuk meraih sukses.
- Jika Kita bersungguh-sungguh, maka Kita tidak akan mudah berhenti, terus berpikir kreatif, mencuba dan terus mencuba hingga Kita menjumpai jalan yang betul.
- Jika Kita bersungguh-sungguh, maka Kita tidak akan kalah dengan alasan, justeru akan berusaha mengatasi alasan tersebut.
Ukur diri Kita, sejauh mana Kita mengamalkan Man Jadda Wa Jada dalam kehidupan seharian Kita sebagai khalifah Allah SWT di dunia fana ini.



--------------------------
Owh.... Baru tau apa maknanya..

Rupanya perkataan diibaratkan seperti satu pepatah..

Pepatah yang menunjukkan yang kita akan dapat apa yg kita mahu jika kita berusaha bersungguh-sungguh..

Lepas ni akan aplikasi la pepatah ni..

Semoga sahabat² lain dapat juga aplikasikannya..

Stay tune..

Assalamualaikum..

^__^

4 comments:

  1. askm,trm kasih dengan pengetahuan di atas..maaf, curi membaca blog awk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. sama²..
      xapa.. blog ni saya buat utk perkongsian ilmu jugak.. insha Allah, moga kita dpt berkat daripada perkongsian ilmu ni.. :)

      Delete
  2. nice awk...teruskan ..sgt suke membaca blog awk :")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq.. tp sy mnx maaf kalau jarang update sbb sy bukan blogger tegar.. sy cuma post bila ada kelapangan.. insha Allah.. ada ilmu bila ada ilmu tmbhn, kita kongsi bersama.. ^^

      Delete

Template by:
Free Blog Templates