Tuesday, December 13, 2011

Muhasabah Diri.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²..

Agak lama sy terpaksa menyipkn diri keran terikat dengan assingment yg terlalu bnyak..

Selepas 2 mggu bersusah pyah menyiapkan assgmnt 2, Alhamdulillah skrg dh siap semua..

Lega rasanya terlepas daripada "seksaan" assgmnt ni.. heheee~~

Tp lps ni masih ada 3 tanggungjawab yg terpaksa dilaksanakan lg..

On Air radio (hari ni), Dinner MassComm n Persembahan Karnival Kokum.

Insha Allah dpt hadapinya..

Dalam kita mengharungi hari-hari kita yang lepas, kita mgkn terlupa satu perkara..

Satu perkara yang sangat mudah.. Ianya sangat penting bg kita umat Islam..

Tetapi teramat la susah untuk kita lakukannya setiap hari..

Perkara yg sy ckpkan tadi ialah Muhasabah Diri..

Mengikut Ibnu Qudamah:

"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."

Mengikut Ibnu Qaiyim pula:

"Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali.

Muhasabah diri ini mempunyai banyak kepentingannya walaupun ianya nampak mudah utk dilakukan..

Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.
Contohnya bagi sesebuah pasukan bola sepak, bilamana berakhirnya sesuatu perlawanan (terutama bila mengalami kekalahan), pasti akan di adakan muhasabah (atau lebih di kenali sebagai post-moterm). Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan mereka. Maka,selebihnya lagi kita sebagai seorang muslim.
Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa.
Sabda Rasulullah ada menyebut:

"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"

Kelebihan Muhasabah Diri
  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
  2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
  3. Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
  4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
  5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.
Sepertimana yg di katakan oleh Umar al-Khattab:

"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.



Oleh itu, sy berpesan kpd diri sy sndiri dan kwn² yang lain,

ambil la sedikit masa atau kelapangan kita untuk bermuhasabah diri kepada Allah S.W.T.

Agar kita sdr apa yang buruk kita lakukan, kita tinggalkan dan yang baik kita teruskan lagi..

Semoga dengan cara ini, kita dapat pertingkatkan lagi prestasi diri kita dari semasa ke sama..

Stay Tune...

Assalamualaikum..

^_^


No comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates