Sunday, July 10, 2011

Aku Bersyukur Kepada-Mu.. ^_^

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Ukhuwah kwn²...

Sejak balik cuti semester ni, asyik duk kat rumah jer..

Dulu bercadang nk bekerja tp xdapat..

Terpaksa la jd suri rumah tangga je la..

hahahaha..!

Tp sy x kisah, Sy dh biase buat kerja rumah walaupun sy lelaki..

Walaupun sy x dpt gaji, tp sy ikhlas utk membantu family sy..

Yang penting, sy bersyukur sangat dpt berbakti kepada family sy..

Bercakap mengenai bersyukur, kita x terlepas daripada mendapat ujian daripada Allah S.W.T..

Tetapi, dalam ujian yang Allah bg kepada kita, Allah juga telah memberi Nikmat dan Kesenangan kepada kita..

Allah S.W.T. memberi ujian kepada setiap umatnya yang beriman kepada-Nya..

Kita patut bersyukur kerana diberi ujian oleh Allah kerana melalui ujian tersebutlah kita dpt menguji tahap keimanan kita..

Dan percaya lah, Allah tidak akan memberi ujian yang diluar kemampuan kita..

Berbalik kepada "bersyukur" td, bersyukur merupakan salah satu ibadah mulia kepada Allah yang mudah dilaksanakan, tidak banyak memerlukan tenaga dan fikiran. Bersyukur atas nikmat Allah bererti berterima kasih kepada Allah kerana kemurahan-Nya. Dengan kata lain, bersyukur bererti mengingat Allah yang Maha Kaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan Maha Penyantun.

Para Ulama' ada menyatakan bahawa terdapat 3 cara bersyukur kepada Yang Maha Esa..

--------------------------------

Pertama, bersyukur dengan hati nurani. Kata hati alias nurani selalu benar dan jujur. Untuk itu, orang yang bersyukur dengan hati nuraninya sebenarnya tidak akan pernah mengingkari banyaknya nikmat Allah. Dengan benak hati yang paling dalam, kita sebenarnya mampu menyadari seluruh nikmat yang kita peroleh setiap detik hidup kita tidak lain berasal dari Allah. Hanya Allahlah yang mampu menganugerahkan nikmat-Nya.




Kedua, bersyukur dengan ucapan. Lidahlah yang biasa melafalkan kata-kata. Ungkapan yang paling baik untuk menyatakan syukur kita kepada Allah adalah hamdalah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, ”Barangsiapa mengucapkan subhana Allah, maka baginya 10 kebaikan. Barangsiapa membaca la ilaha illa Allah, maka baginya 20 kebaikan. Dan, barangsiapa mengucap Alhamdulillah, maka baginya 30 kebaikan.”




Ketiga, bersyukur dengan perbuatan, yang biasanya dilakukan anggota tubuh. Tubuh yang diberikan Allah kepada manusia sebaiknya dipergunakan untuk hal-hal yang positif. Menurut Imam al-Ghazali, ada tujuh anggota tubuh yang harus dimaksimakan untuk bersyukur. Antara lain, mata, telinga, lidah, tangan, perut, kemaluan, dan kaki. Seluruh anggota ini diciptakan Allah sebagai nikmat-Nya untuk kita. Lidah, misalnya, hanya untuk mengeluarkan kata-kata yang baik, berzikir, dan mengungkapkan nikmat yang kita rasakan. Allah berfirman, ”Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).” (QS Aldhuha [93]: 11).



-----------------------------


Sesungguhnya kwn², 


setiap apa yang berlaku terhadap diri kita, jgn la kita sesekali lupa untuk mengucapkan rasa syukur kita terhadap Maha Pencipta..


Kerana, mengucap rasa syukur ini bukannya sesuatu yg sgt sukar, tetapi ganjaran yang kita perolehi amatlah banyak..


Tidak rugi kwn² untuk kita rasa bersyukur.. 


Hal ini kerana, Allah sgt sayangkan umatnya yang bersyukur keatas nikmat yang diberi oleh-Nya..


Sesungguhnya kwn², Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui..


Sekian~


Stay tune~


Assalamualaikum...

Template by:
Free Blog Templates